Wednesday, June 8, 2011

SANTAI 2

Satu hal yang menarik apabila berkunjung ke pusat membeli belah atau pun kedai di Jepun ialah sikap dan keramahan jurujual mereka. Jurujual akan menyapa pelanggan dengan penuh mesra dan mereka amat menghormati pelanggan walau pun kita sekadar melihat lihat sahaja.

Bagi mereka, setiap pelanggan yang datang perlu dilayan dengan penuh hormat dan disapa dengan mesra tidak kira agama dan bangsa. Jika kita membeli sesuatu barangan dari kedai mereka, setiap urusan tranksaksi akan ada akad jual beli yang sepatutnya diamalkan oleh semua peniaga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Juruwang akan menyebut harga barangan yang dibeli 2 ribu yen, wang dibayar 5 ribu yen, baki awak ialah 3 ribu yen, terima kasih dan datang lagi, begitu lah lebih kurang akad jual beli mereka.

Harga barangan di Jepun adalah tetap dan tidak ada tawar menawar seperti di Malaysia. Disemua kedai, harga adalah seragam dan tiada manipulasi harga, kecuali di tempat yang agak jauh seperti di Hakone , harga air dalam mesin lebih mahal sebanyak 2 peratus atas faktor kos logistic, tetapi secara keseluruhan nya harganya tidak banyak perbezaan.

Jepun tidak mengharapkan pekerja asing untuk membangun kan ekonomi, daripada pengamatan, daripada pekerja kolar putih hinggalah kepada tukang cuci, penyapu sampah, pekerja kontrak, semuanya adalah rakyat tempatan. Mereka melakukan pekerjaan dengan penuh bersemangat, pernah sekali, dalam perjalanan ke Imperial Palace, terserempak dengan seorang wanita muda yang sangat cantik menjadi tukang sapu dan dia amat bangga dengan tugasnya itu,, kalau di Malaysia, hanya warga asing sahaja yang menjadi tukang cuci dan tukang sapu.

Layanan terhadap pelancong juga amat baik dan mereka akan memberikan diskaun sebanyak 5 peratus kepada barangan terpilih yang dibeli seperti jam dan barangan elektronik dengan mengemukakan passport antarabangsa.

Bercakap mengenai pengangkutan, rata rata penduduk Jepun mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, cuma mereka menyimpannya dirumah kerana kos parking dan minyak yang mahal, bas, train dan teksi menjadi pilihan popular majoriti penduduk Jepun.
Setiap laluan bas dikenakan tambang yang yang seragam. Distesyen bas yang besar seperti di Shibuya, tidak mempunyai terminal berbumbung dan kerusi, penumpang akan beratur sambil berdiri menunggu bas yang akan sentiasa tiba tepat pada waktunya. Pemandu bas sendiri mempunyai standard operation procedurenya setiap kali bas akan berjalan,sebagai contoh, pemandu akan melihat cermin kiri sambil menunjuk dengan tangan, cermin kanan, cermin belakang dan akan menunjuk dua tangan kedepan tanda laluan kosong, barulah bas akan berjalan. Sessi tunjuk tunjuk itu akan berterusan setiap kali bas akan berjalan. Disepanjang jalan, pemandu akan bercakap mengenai destinasi atau stesyen bas yang hampir sampai, Bas akan berhenti disetiap stesyen yang ditetapkan, cuma pintu untuk turun tidak akan dibuka kecuali jika penumpang memicit loceng untuk turun.

Teksi akan berhenti dimana sahaja, baik dipersimpangan lampu merah atau dijalan yang sibuk. Tiada bunyi hon dari kenderaan lain, mungkin mereka menganggap teksi membantu orang lain, jadi mereka akan sabar menunggu. Pintu belakang teksi akan terbuka secara automatik, jadi kita cuma masuk dan ditutup secara automatik juga. Mereka akan ke destinasi pilihan kita tanpa rungutan jauh atau dekat, jam atau pun tak, bagi mereka semua pelanggan perlu dilayan dengan hormat.

Train yang menjadi pengangkutan popular adalah yang termurah sekali untuk kedestinasi sekitar Tokyo. Dengan setiap stesyen keretapi sebesar KL sentral, boleh pening kepala jika tidak tahu laluan yang betul. Dengan laluan yang berselirat termasuk dibawah tanah, semuanya berjalan mengikut jadual, bahkan pintu train akan terbuka ditempat yang telah ditanda garisan kuning atau putih tanpa pernah gagal sekali pun sepanjang 10 hari menggunakan perkhidmatan itu.

Pengalaman menaiki shinkansen atau keretapi laju ke Shin Yokohama juga menjadi kenangan manis. Ruang dalamnya selesa dengan kedudukan kerusi 2 dan 3 sebaris, amat selesa melebihi menaiki bas ekspress malahan kapal terbang dengan jarak antara kerusi yang luas. Perjalanannya amat lancar, seolah olah keretapi itu terapung apung dilandasan. Kelajuannya mengkagumkan, tak hairan lah ia menjadi pilihan ramai untuk perjalanan jarak jauh. Cuma, bagi pelancong dari negara membangun seperti kita, kos tambangnya untuk perjalanan jauh boleh menyesakkan poket.

Banyak sekali pengalaman di tokyo walau pun hanya sekadar 10 hari disana. Melihat bagaimana displinnya rakyat mereka melintas jalan hanya dizebra crossing sahaja, tidak memotong laluan walau pun jalanraya jem, lajunya mereka berjalan dan ada wanita berkasut tumit tinggi tapi masih mampu berlari mengejar keretapi dan tiada mat rempit dijalanan. Juga melihat bagaimana rakyat Jepun yang hanya merokok ditempat yang ada ashtray sahaja ditempat awam tanpa perlu ada penguat kuasa untuk memantau atau menyaman sekali pun.

Namun begitu, disebalik banyak sekali norma norma yang teratur dan berdisplin dalam kehidupan rakyat jepun, terselit juga satu tradisi yang hingga kini masih berlaku walau pun tidak diperkatakan secara terbuka oleh masyrakat jepun. Tradisi tersebut ialah BUNUH DIRI. Ya, memang ada segelintir rakyat jepun akan memilih untuk menamatkan riwayat diri sendiri jika berhadapan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika ada masalah keluarga sekali pun , ada yang mengambil ktindakan drastik itu. Mungkin bagi mereka, itu adalah tindakan mulia dan mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Bukan semua rakyat jepun yang kaya dan mampu, masih ada segelintir rakyat mereka di bandar besar seperti di Tokyo yang "homeless", tidak mampu mempunyai rumah sendiri, tp masih ada duit untuk makan dan menguruskan diri. Golongan homeless ini bukan peminta sedekah, mereka mempunyai kelengkapan mudah alih seperti khemah dan lain lain termasuk buku. Mereka ni akan tinggal di taman taman diwaktu malam. Satu sifat terpuji, mereka mengekalkan kebersihan taman dan persekitaran khemah.

Namun begitu, hujan emas dinegeri orang, negeri sendiri juga menjadi tempat kenangan. Menjadi pelancong di tokyo agak sukar kerana masalah komunikasi bahasa, jika sesiapa yang fasih becakap jepun, perjalanan akan menjadi lebih mudah. Masalah makanan juga menjadi kesulitan. Agak sukar mencari kedai makanan yang diyakini halal selain dari faktor kos yang sememangnya paling mahal diasia dan antara termahal didunia.

Malaysia adalah tempat terbaik untuk tinggal, dengan cuaca dan putaran waktu yang dikira lengkap untuk pengurusan hidup harian bagi umat Islam khasnya. Semuanya ada di Malaysia ini, dengan penambahbaikan dari segi pengangkutan awam, kemudahan awam dan mentaliti semua rakyat Malaysia yang berfikir mengikut negara maju, Malaysia akan menjadi Negara yang amat selesa untuk rakyatnya. Penerapan displin perlu bermula dari kanak kanak dengan orang dewasa menjadi contoh yang baik. Ini akan mengambil masa, tetapi tidak mustahil dilakukan.

Bukan setakat rakyat sahaja, pemimpin disemua peringkat juga perlu menunjukkan contoh yang baik, mengamalkan cara hidup Islam dan kehidupan harian. Jika ini boleh dilakukan tidak mustahil Rakyat Malaysia boleh menjadi lebih baik dengan pegangan agama Islam yang diamalkan.





1 comment: