Wednesday, May 23, 2012

Alhamdulillah

Baru balik dari jumpa doktor kat DEMC, Doktor dah sahkan, parut luka pada anak mata hitam dah mula sembuh dan makin mengecil. Maknanya tak perlu buat pembedahan susulan... fuh!!!! Leganya..

Apa pun doktor nasihatkan teruskan penggunaan ubat titis sehingga akhir jun...

Kena buat cermin mata baru  ni,, tapi selepas 3 bulan...

Alhamdulillah..Untuk isteri saya, kalau sakit tangan tak sembuh, kita gi DEMC yer,,

Friday, May 18, 2012

Kehilangan,, panik???

Bagaimanakah rasanya apabila tiba tiba kita kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam hidup ini.. tak kiralah apa pun,, Insan yang kita saya sayang atau pun harta yang amat bernilai.

Bagaimana pula andai tiba tiba kita kehilangan salah satu dari pancaindera kita yang lima itu. Tidak dapat dibayangkan andai tangan yang kita gunakan, hidung, telinga untuk mendengar atau lebih penting lagi MATA yang kita gunakan untuk melihat dan menikmati pemandangan alam ini ditarik  balik oleh Allah.

Itu lah yang terjadi pada saya awal minggu ini atau lebih tepat lagi malam isnin yang lalu. Satu kemalangan yang disangkakan kecil sewaktu menyiram bunga rupa rupanya telah mengubah rutin biasa untuk minggu ini.

Ketika kemalangan dimana pucuk pokok palma menikam anak mata hitam, saya sangkakan hanya kemalangan kecil dan bertangguh untuk berjumpa doktor hingga lah apabila bangun tidur pada pagi isnin, mata kanan merah dan kabur sepenuhnya. Saya amat panik hinggakan tidak dapat berfikir langsung waktu itu.

Segera ke klinik bersama isteri, saya masih memandu seperti biasa dan cuba menyembunyikan rasa panik dan masih tidak memberitahu isteri bahawa mata kanan saya kabur dan tidak dapat melihat.

Bermacam macam andaian terlintas difikiran, teruk kah cedera mata ku, akan buta kah, akan pulih kah,,, huh !!!! panik!!!!

Sewaktu menjalani rawatan, baru lah doktor beritahu, sedikit dari anak mata hitam saya luka dan selaputnya telah terkoyak!!!! Doktor tidak dapat berikan kepastian apakah penglihatan yang kabur akan pulih. Setelah dititis ubat, mata kanan ditampal untuk proses penyembuhan selaput dan proses seterusnya akan ditentukan selepas 24 jam.

Tempoh menunggu selama 24 jam dengan sebelah mata tertutup seperti pirate of the carribean amat  memeritkan. Dengan mata tertutup, sakit yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata kata membuatkan malam terasa amat panjang. Mujur ada isteri yang cuba menenangkan fikiran dan berfikiran positif.

Setelah tempoh 24 jam berakhir dan pemeriksaan doktor, luka dimata masih belum pulih dan penglihatan masih kabur malahan sakit juga tidak berkurangan.. apatah lagi bila doktor berkata mungkin selaput yang luka itu perlu dikikis... huh!!!!!

Mata ditampal semula untuk tempoh 24 jam lagi,,,, Malam ketiga lebih perit dengan  fikiran yang bercelaru, hati yang tidak tenang serta menahan kesakitan. Waktu itu terbayang difikiran, baru sedikit cubaan diberikan Allah......

Alhamdulillah,, hari ketiga berjumpa doktor, selaput telah mula pulih, walaupun tidak sepenuhnya, tapi ada perubahan yang ketara walau pun penglihatan masih kabur.

hari keempat berjumpa doktor, selaput telah pulih sepenuhnya tetapi,,,, ada garisan putih dalam anak mata, doktor tidak dapat pastikan samada ianya parut atau pun kudis pada mata. Mata juga tidak perlu ditampal lagi.

Sewaktu entri ini ditulis, mata kanan masih kabur sedikit dan masih ada satu lagi temujanji pada pagi sabtu untuk menentukan apakah perlu garisan putih perlu dikikis dan dibuang.

Rasa panik dan bimbang mula hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah... Begitu lah,, baru sedikit ujian yang kita terima, ada yang menerima dengan redha, ada yang tidak dapat menanggungnya, ada yang kehilangan kewarasan,,, moga moga Allah berikan kita ujian yang mampu kita tanggung,, Teima kasih pada isteri yang banyak memberikan sokongan walaupun saya terpaksa memandu sendiri selama 2 hari keklinik dengan sebelah mata tertutup... Ya lah,, isteri juga ada tanggungjawab dan saya mencuba memandu dengan sebelah mata untuk kemungkinan kemungkinan yang bermain difikiran sewaktu awal kemalangan. Alhamdulillah... walau pun masih kabur, tapi sudah boleh melihat dan kesakitan juga telah banyak kurangnya...

Tuesday, May 8, 2012

Hmmmm....

Dalam kehidupan ini, samada kita suka atau tidak, kita akan melalui ujian dan dugaan dalam hidup. Proses ujian dan dugaan ini akan mematangkan kita dalam menjalani kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Setiap insan akan tiba masanya menempuhi ujian. Ada yang diuji dengan kemewahan, sakit, kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda dan sebagainya. Waaima apa pun ujian yang datang, Allah menurunkan ujian keatas hambanya sesuai dengan kemampuan untuk menangani ujian tersebut, InsyaAllah,,,

Dalam hidup ini, kita sentiasa bekerja untuk mencari rezeki. Pendapatan yang kita perolehi akan digunakan untuk menyara keluarga, membayar hutang dan juga menyimpan jika ada lebihan.

Soal menyimpan lebihan pendapatan, begitu subjektif pada semua orang. Bagi pakar kewangan, menabung adalah perlu walau pun 10 ringgit sebulan, Bagi orang yang berpendapatan kecil, akan bertanya, bagaimana mahu menabung jika tiada lebihan. hmmm... memang sukar untuk menjawab persoalan ini.

Ada pakar kewangan yang menyarankan, jika perbelanjaan bulanan ada lah 3 k, maka tabungan adalah 18 k, untuk menampung perbelanjaan hidup selama 6 bulan andai berlaku kecemasan seperti kegawatan ekonomi dan kehilangan pekerjaan.Bagaimana jika Allah menguji kita dengan kehilangan kerja sekaligus hilang punca pendapatan.!!!!

Kehilangan kerja? Bagaimana jika secara tiba tiba kita kehilangan kerja, diberi notis penamatan kerja dengan sedikit imbuhan yang dapat menampung hidup tidak lebih dari 10 bulan. Bagi pekerja yang berumur kurang 30 tahun, pasaran kerja sentiasa ada, tapi bagi pekerja yang berumur lebih 45 tahun, masih adakah majikan yang akan menggaji mereka ini. Perlu bersaing dengan tenaga kerja yang muda ada lah sukar dalam kontek pasaran kerja sekarang ini. Apatah lagi jika hanya ketua keluarga sahaja yang bekerja manakala isteri menjadi suri rumah.

Dengan adanya hutang rumah dan kenderaan, mungkin juga pinjaman peribadi, perbelanjaan sekolah dan kolej anak anak, perbelanjaan harian sahaja sudah cukup untuk memeningkan kepala.

Tidak sukar untuk mencari kerja kolar biru. Ada dimana mana yang sekarang ini dimonopoli oleh tenaga asing. Masalahnya jika berumur lebih dari 45 tahun dan telah lama menjadi penyelaras dan menyelia, masih mampukah untuk bersaing dengan tenaga asing yang rata ratanya tidak memilih kerja. Sukar sekali untuk menjawab persoalan ini kerana telah sekian lama kerja membanting tulang dan memerah keringat diserahkan pada buruh asing.

Malahan, rakyat tempatan sendiri akan merasa sedikit janggal untuk mengambil alih tugas ini. Ini lah padahnya jika kita terlalu bergantung pada buruh asing. Sewaktu di negara Jepun tahun lepas, saya melihat semua kerja baik menyapu sampah, mengangkat sampah dikawasan perumahan, buruh kontrak dan lain lain kerja yang dilakukan oleh buruh asing di negara kita dilakukan sendiri oleh rakyat tempatan dengan penuh bangga. Negara Jepun tidak bergantung pada buruh asing untuk menjana ekonomi negara mereka. Semua sektor kerja kolar putih dan kolar biru diisi oleh warga tempatan sesuai dengan kelayakan dan usia.

Ini lah sebab mengapa apabila perberhentian kerja berlaku, bekas pekerja akan menganggur kerana sukar untuk mendapat jawatan yang sesuai ditambah dengan persaingan tenaga kerja muda lepasan kolej dan universiti. Ada yang megambil peluang untuk cuba berniaga, ada yang pulang kekampung halaman dan tidak kurang yang memilih untuk memandu teksi, lori  dan sebagainya.

Rezeki ada dimana mana, bumi Allah ini luas asalkan kita berusaha dan tidak memilih sangat apa saja pekerjaan yang sesuai. Itulah hakikatnya dan realiti sebenar. Tetapi bagi mereka yang mengalami sendiri kehilangan pekerjaan, akan ada satu perasaan kecewa, sedih malahan tertekan dengan apa yanga terjadi.Akan mengalami situasi buntu tambahan dengan tekanan hidup masakini.

Disaat begini, sokongan ahli keluarga amat diperlukan. Menyokong apa jua dan tidak memberi tekanan akan mengurangkan beban yang ditanggung. Penulis pernah mengalami saat ini sewaktu kegawatan ekonomi 97. Mujur Arwah Baba dan Mak banyak membantu. Malahan waktu itu, Mak penulis berkata, biar lah dia rehat, dah lama dia kerja.... Waktu ini  kita akan kenal kawan dan sahabat sejati kita yang sanggup membantu. Masa itu akan tiba bagi setiap orang, mungkin tidak kehilangan kerja, tetapi faedah persaraan dan tabungan tidak mencukupi untuk menampung hidup selepas bersara.



Monday, June 20, 2011

APO KONO KAU JANG....

Untuk soalan ni..mudah aje jawapan dia.Keperluan.Dengan zaman yang semakin moden dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih,kita semakin hidup senang dgn teknologi yang membantu kita.

Jawapan dia paling mudah,
"Kita perlu double income sebab kita nak senangkan hidup kita."

Satu masa dulu aku pakai lampin kain yang reusable beberapa ratus kali tapi anak aku akan pakai pampers yang pakai sekali kena buang.Satu masa dulu kita cukup dengan TV1,TV2 dan TV3,tapi bila ada Astro,kita jadi tak puas dengan apa yang kita dah ada.Sebelum ni pakai public phone aje boleh hidup..tapi bila dah pegang handphone..kita jadi lost tanpa teknologi tu.

Tapi sanggup ke kita hidup balik macam orang dulu2 yang tak kaya dengan teknologi?

The easier teknologi to be put into the masses hands,the easier for us to be controlled...
maksud aku,kita bukan leader teknologi dan kita sangat mudah dikawal oleh golongan ini.

Ambik contoh,kereta.Kereta keperluan (di Malaysia lah especially) ....tapi kereta yang kita beli takkan cukup untuk kita.Sebab once kita dah beli kereta,akan ada model baru yang ganti kereta kita.dari situ ada la tergerak nak tukar ke model baru tu...semua tu bukannya sebab apa..tapi sebab ada model baru.Kereta kita ok aje lagi..takde rosak apa2 cuma dah berusia la sket2.

Dan walaupun aku selalu kutuk Proton (...sebab dia Proton) tapi ada sesetengah benda yang Proton buat betul.Ada sebabnya kenapa kereta Proton Saga tu tunggu berpuluh tahun baru ada diganti. Faedah dia,kau akan dapat value dengan apa yang kau beli..cuma dalam bab Proton,nilai yang kau bayar tu agak mencekik darah sketlah...

Tu belum masuk bab handphone...aku cukup tak suka Iphone punya product.Sebab produk tu membodohkan pengguna dia.Selalunya apa yang dia buat adalah dia akan launch dulu iphone satu model basic takde 3G la biasanya,kemudian dia akan promote dan pastikan orang beli.Apabila dah sampai satu tempoh..biasanya 6 bulan atau setahun..dia akan keluar satu model sama,tapi dah ada tambah features sket.Tu standard practice bisnesla kan?

Tapi...Apple ni cukup licik,phone yang dah kononnya "baru" tu dah pun sebenarnya sewaktu pelancaran model lama tu cuma dia hold launching sebab ....daripada jual satu aje fon kepada seorang,baik try jual dua phone kepada seorang dalam satu tahun.

Bisnes strategi yang sangat zalim tapi sangat effective kalau kau ada satu produk yang orang dambakan...

Dan aku agak buntu nak fikirkan contoh yang untuk perempuan specifically..tapi aku nampak golongan perempuan pulak selalu diambik kesempatan bila bab2 nak bercantik dan berlawa ni.Cuma sebab aku tak ikut perkembangan industri make up ni...jadi aku tak tau.Mungkin sama keadaan dia kalau tetiba wujud trend "tudung artis" macam selalu ramai wanita terjebak.Sekarang ni zaman tudung Yuna..dulu zaman tudung Wardina..ada sekejap zaman tudung Siti Nurhaliza....trend.Padahal tudung kat rumah tu dah berlambak-lambak dan ada yang dah tak terpakai.

Dan yang paling aku nampak,kasut....kasut mesti macam-macam jenis dan macam-macam warna sebab nak matching kan dengan baju supaya nampak cantik pegi kerja.Mana datangnya pressure untuk matching color tu?Mana datangnya perasaan untuk jadi lawa bila pegi kerja?Salah tu kak.Gi kerja,pakai la pakaian yang tak memanggil pandangan lelaki ke atas anda.Baju..carik la yang kaler pudar.Kasut..biarlah tapak getah sebab tumit tinggi ada bunyi..bila berbunyi orang akan jeling...dan pada apa yang aku nampak,kasut tumit tinggi ni la yang mahal2..

Entah..aku tak tau sapa yang pressure utk kita berbelanja.Mungkin dari dalam diri sendiri ada rasa camtu.Tapi...kalau kita dah beli dan kita dah cukup barang yang kita ada,tak boleh ke kekal hidup camtu?..oh,kita ada nafsu.Dah ada sepasang buah dada halal,nak jugak carik buah dada amoi....nafsu...

kau beli rumah pun tak lama lepas tu akan ada keinginan nak beli rumah lagi besar walaupun rumah kau banglo..tanyala Khir Toyo...

Kau beli kereta?Minyak lagi.Road tax lagi.Servis lagi.Kau beli henfon?Bulan2 kena byr..prepaid ke postpaid ke.Dah ada 3G pulak?Upgrade lagi.Sekarang ni banyak pihak yang cuba carik peluang nak ambik duit kita.Cuma sama ada kita nak bagi kat dia ke tak rezeki kita terpulanglah pada anda...

Dan bermacam lagilah tanggungan yang akan muncul...
seolah-olah akan wujud satu chain yang buat kau spend duit apabila kau spend duit.

Macam mana nak stop?

Back to basic....ada satu buku yang Tuhan bagi dekat kita yang boleh jawab semua benda pasal kehidupan.Nama buku tu,bukanlah "Financial Planning for Dummies" atau "The Idiot Guide to Financila Planning." Ikut guide dalam tu,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati..

Cuma sama ada anda mampu hidup dgn perasaan obsolete tu,tu yang agak payah nak dilawan.
CREDIT TO CURSING MALAY.

Wednesday, June 8, 2011

SANTAI 2

Satu hal yang menarik apabila berkunjung ke pusat membeli belah atau pun kedai di Jepun ialah sikap dan keramahan jurujual mereka. Jurujual akan menyapa pelanggan dengan penuh mesra dan mereka amat menghormati pelanggan walau pun kita sekadar melihat lihat sahaja.

Bagi mereka, setiap pelanggan yang datang perlu dilayan dengan penuh hormat dan disapa dengan mesra tidak kira agama dan bangsa. Jika kita membeli sesuatu barangan dari kedai mereka, setiap urusan tranksaksi akan ada akad jual beli yang sepatutnya diamalkan oleh semua peniaga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Juruwang akan menyebut harga barangan yang dibeli 2 ribu yen, wang dibayar 5 ribu yen, baki awak ialah 3 ribu yen, terima kasih dan datang lagi, begitu lah lebih kurang akad jual beli mereka.

Harga barangan di Jepun adalah tetap dan tidak ada tawar menawar seperti di Malaysia. Disemua kedai, harga adalah seragam dan tiada manipulasi harga, kecuali di tempat yang agak jauh seperti di Hakone , harga air dalam mesin lebih mahal sebanyak 2 peratus atas faktor kos logistic, tetapi secara keseluruhan nya harganya tidak banyak perbezaan.

Jepun tidak mengharapkan pekerja asing untuk membangun kan ekonomi, daripada pengamatan, daripada pekerja kolar putih hinggalah kepada tukang cuci, penyapu sampah, pekerja kontrak, semuanya adalah rakyat tempatan. Mereka melakukan pekerjaan dengan penuh bersemangat, pernah sekali, dalam perjalanan ke Imperial Palace, terserempak dengan seorang wanita muda yang sangat cantik menjadi tukang sapu dan dia amat bangga dengan tugasnya itu,, kalau di Malaysia, hanya warga asing sahaja yang menjadi tukang cuci dan tukang sapu.

Layanan terhadap pelancong juga amat baik dan mereka akan memberikan diskaun sebanyak 5 peratus kepada barangan terpilih yang dibeli seperti jam dan barangan elektronik dengan mengemukakan passport antarabangsa.

Bercakap mengenai pengangkutan, rata rata penduduk Jepun mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, cuma mereka menyimpannya dirumah kerana kos parking dan minyak yang mahal, bas, train dan teksi menjadi pilihan popular majoriti penduduk Jepun.
Setiap laluan bas dikenakan tambang yang yang seragam. Distesyen bas yang besar seperti di Shibuya, tidak mempunyai terminal berbumbung dan kerusi, penumpang akan beratur sambil berdiri menunggu bas yang akan sentiasa tiba tepat pada waktunya. Pemandu bas sendiri mempunyai standard operation procedurenya setiap kali bas akan berjalan,sebagai contoh, pemandu akan melihat cermin kiri sambil menunjuk dengan tangan, cermin kanan, cermin belakang dan akan menunjuk dua tangan kedepan tanda laluan kosong, barulah bas akan berjalan. Sessi tunjuk tunjuk itu akan berterusan setiap kali bas akan berjalan. Disepanjang jalan, pemandu akan bercakap mengenai destinasi atau stesyen bas yang hampir sampai, Bas akan berhenti disetiap stesyen yang ditetapkan, cuma pintu untuk turun tidak akan dibuka kecuali jika penumpang memicit loceng untuk turun.

Teksi akan berhenti dimana sahaja, baik dipersimpangan lampu merah atau dijalan yang sibuk. Tiada bunyi hon dari kenderaan lain, mungkin mereka menganggap teksi membantu orang lain, jadi mereka akan sabar menunggu. Pintu belakang teksi akan terbuka secara automatik, jadi kita cuma masuk dan ditutup secara automatik juga. Mereka akan ke destinasi pilihan kita tanpa rungutan jauh atau dekat, jam atau pun tak, bagi mereka semua pelanggan perlu dilayan dengan hormat.

Train yang menjadi pengangkutan popular adalah yang termurah sekali untuk kedestinasi sekitar Tokyo. Dengan setiap stesyen keretapi sebesar KL sentral, boleh pening kepala jika tidak tahu laluan yang betul. Dengan laluan yang berselirat termasuk dibawah tanah, semuanya berjalan mengikut jadual, bahkan pintu train akan terbuka ditempat yang telah ditanda garisan kuning atau putih tanpa pernah gagal sekali pun sepanjang 10 hari menggunakan perkhidmatan itu.

Pengalaman menaiki shinkansen atau keretapi laju ke Shin Yokohama juga menjadi kenangan manis. Ruang dalamnya selesa dengan kedudukan kerusi 2 dan 3 sebaris, amat selesa melebihi menaiki bas ekspress malahan kapal terbang dengan jarak antara kerusi yang luas. Perjalanannya amat lancar, seolah olah keretapi itu terapung apung dilandasan. Kelajuannya mengkagumkan, tak hairan lah ia menjadi pilihan ramai untuk perjalanan jarak jauh. Cuma, bagi pelancong dari negara membangun seperti kita, kos tambangnya untuk perjalanan jauh boleh menyesakkan poket.

Banyak sekali pengalaman di tokyo walau pun hanya sekadar 10 hari disana. Melihat bagaimana displinnya rakyat mereka melintas jalan hanya dizebra crossing sahaja, tidak memotong laluan walau pun jalanraya jem, lajunya mereka berjalan dan ada wanita berkasut tumit tinggi tapi masih mampu berlari mengejar keretapi dan tiada mat rempit dijalanan. Juga melihat bagaimana rakyat Jepun yang hanya merokok ditempat yang ada ashtray sahaja ditempat awam tanpa perlu ada penguat kuasa untuk memantau atau menyaman sekali pun.

Namun begitu, disebalik banyak sekali norma norma yang teratur dan berdisplin dalam kehidupan rakyat jepun, terselit juga satu tradisi yang hingga kini masih berlaku walau pun tidak diperkatakan secara terbuka oleh masyrakat jepun. Tradisi tersebut ialah BUNUH DIRI. Ya, memang ada segelintir rakyat jepun akan memilih untuk menamatkan riwayat diri sendiri jika berhadapan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika ada masalah keluarga sekali pun , ada yang mengambil ktindakan drastik itu. Mungkin bagi mereka, itu adalah tindakan mulia dan mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Bukan semua rakyat jepun yang kaya dan mampu, masih ada segelintir rakyat mereka di bandar besar seperti di Tokyo yang "homeless", tidak mampu mempunyai rumah sendiri, tp masih ada duit untuk makan dan menguruskan diri. Golongan homeless ini bukan peminta sedekah, mereka mempunyai kelengkapan mudah alih seperti khemah dan lain lain termasuk buku. Mereka ni akan tinggal di taman taman diwaktu malam. Satu sifat terpuji, mereka mengekalkan kebersihan taman dan persekitaran khemah.

Namun begitu, hujan emas dinegeri orang, negeri sendiri juga menjadi tempat kenangan. Menjadi pelancong di tokyo agak sukar kerana masalah komunikasi bahasa, jika sesiapa yang fasih becakap jepun, perjalanan akan menjadi lebih mudah. Masalah makanan juga menjadi kesulitan. Agak sukar mencari kedai makanan yang diyakini halal selain dari faktor kos yang sememangnya paling mahal diasia dan antara termahal didunia.

Malaysia adalah tempat terbaik untuk tinggal, dengan cuaca dan putaran waktu yang dikira lengkap untuk pengurusan hidup harian bagi umat Islam khasnya. Semuanya ada di Malaysia ini, dengan penambahbaikan dari segi pengangkutan awam, kemudahan awam dan mentaliti semua rakyat Malaysia yang berfikir mengikut negara maju, Malaysia akan menjadi Negara yang amat selesa untuk rakyatnya. Penerapan displin perlu bermula dari kanak kanak dengan orang dewasa menjadi contoh yang baik. Ini akan mengambil masa, tetapi tidak mustahil dilakukan.

Bukan setakat rakyat sahaja, pemimpin disemua peringkat juga perlu menunjukkan contoh yang baik, mengamalkan cara hidup Islam dan kehidupan harian. Jika ini boleh dilakukan tidak mustahil Rakyat Malaysia boleh menjadi lebih baik dengan pegangan agama Islam yang diamalkan.





Saturday, May 28, 2011

Santai

Tak pernah ada dalam perancangan untuk bercuti ke Negara Maju dan mahal seperti UK, USA atau pun Europe.

Melihat pada currency, boleh pening dbuatnya, dengan penginapan, makanan dan serba serbi yang mahal, tak berbaloi rasannya nak bercuti dinegara tersebut bagi orang yang berpendapatan sederhana seperti kita.
Peluang ke Jepun, lebih tepat lagi Tokyo pada awal may lalu macam mimpi saja. Kami menjejakkan kaki keTokyo, antara bandaraya termaju dan kos hidup termahal didunia pada 10 may lalu.

Tokyo hanya muncul dalam plan bercuti apabila En Ahmad Jamuli dan keluarga bekerja dan menetap disana pada awal tahun lepas. Tentunya tempat penginapan sudah selesai.
Perancangan hanya dibuat pada awal tahun, urusan paspot, visa dan semestinya ongkos perlu diselesaikan. Plan awal hampir terbantut bila gempa bumi dan tsunami melanda, tiket terpaksa ditunda.

Bila tiba pada 10 may di tokyo, kejutan pertama walau pun ada dalam ingatan ialah masalah komunikasi. Orang jepun amat cintakan bahasa ibunda mereka walaupun dengan sesiapa sahaja.
Berurusan dengan Imigration sudah ada kesukaran walau pun mereka amat membantu.
Sepanjang 10 hari di Tokyo, banyak sangat pengajaran yang didapati. Pergi lah keceruk mana pun, tempat mereka sangat bersih.
Dibelakang lorong pun sangat bersih. Rumah sampah disetiap apartment bersih, tiada air dan boleh tidur jika mahu tanpa ada bau yang tidak enak. Hatta lori simen ready made yang macam siput pun bersih dan berkilat. Tong sampah amat sukar ditemui, hanya ada disekitar mesin air dan mini market. Rakyat mereka akan menyimpan sampah dalam bag dan hanya membuang bila jumpa tong sampah atau dibawa balik dibuang dirumah,,, menakjubkan displin mereka.

Sepanjang 10 hari, pengangkutan awam menjadi pengangkutan kami. Ketepatan masa dalam sistem pengangkutan amat mengkagumkan. Train, Subway, monorel, erl, bullet train, dan bas amat cekap dan tiba tepat pada waktunya. Train akan tiba pada setiap dua minit pada waktu puncak, saya tak pernah tunggu lebih dari 4 minit untuk naik train. Setiap train ada 10 gerabak,,
jadi tidak hairan lah kenapa pengangkutan awam menjadi pilihan penduduk jepun.
Kad seperti touch n go boleh digunakan utk bayar tambang bas, train dan shopping dikedai terpilih.Rakyat Jepun dalam train akan membaca atau pun berinternet melalui handphone. Yuran internet juga murah dan laju speednya.

Selain dari displin, kebersihan, Jepun juga amat selamat untuk semua orang termasuk pelancung. anak anak sekolah rendah berumur 9, 10 tahun menaiki bas dan train seorang diri tanpa ada rasa takut . Penyeluk saku tak perlu dirisaukan, tidak perlu takut kecurian barang, dan tak ada mat rempit dijalanan kerana motorsikal amat kurang , hanya polis, despatch dan segelintir orang termasuk posmen yang menggunakan motor.Agaknya motorsikal Jepun untuk pasaran negara luar.

Saya tertanya tanya... Masyarakat Jepun ni mengamalkan tuntutan agama Islam seperti kebersihan, amanah dan jujur, suka membantu dan tidak suka meminta minta.

to be continued---

Friday, April 1, 2011

........

*Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

* Orang tak ada KERJA Orang yang baca entri ni sambil ketawa dan terkentut-kentut.. kah..kah..kah..kah..