Monday, June 20, 2011

APO KONO KAU JANG....

Untuk soalan ni..mudah aje jawapan dia.Keperluan.Dengan zaman yang semakin moden dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih,kita semakin hidup senang dgn teknologi yang membantu kita.

Jawapan dia paling mudah,
"Kita perlu double income sebab kita nak senangkan hidup kita."

Satu masa dulu aku pakai lampin kain yang reusable beberapa ratus kali tapi anak aku akan pakai pampers yang pakai sekali kena buang.Satu masa dulu kita cukup dengan TV1,TV2 dan TV3,tapi bila ada Astro,kita jadi tak puas dengan apa yang kita dah ada.Sebelum ni pakai public phone aje boleh hidup..tapi bila dah pegang handphone..kita jadi lost tanpa teknologi tu.

Tapi sanggup ke kita hidup balik macam orang dulu2 yang tak kaya dengan teknologi?

The easier teknologi to be put into the masses hands,the easier for us to be controlled...
maksud aku,kita bukan leader teknologi dan kita sangat mudah dikawal oleh golongan ini.

Ambik contoh,kereta.Kereta keperluan (di Malaysia lah especially) ....tapi kereta yang kita beli takkan cukup untuk kita.Sebab once kita dah beli kereta,akan ada model baru yang ganti kereta kita.dari situ ada la tergerak nak tukar ke model baru tu...semua tu bukannya sebab apa..tapi sebab ada model baru.Kereta kita ok aje lagi..takde rosak apa2 cuma dah berusia la sket2.

Dan walaupun aku selalu kutuk Proton (...sebab dia Proton) tapi ada sesetengah benda yang Proton buat betul.Ada sebabnya kenapa kereta Proton Saga tu tunggu berpuluh tahun baru ada diganti. Faedah dia,kau akan dapat value dengan apa yang kau beli..cuma dalam bab Proton,nilai yang kau bayar tu agak mencekik darah sketlah...

Tu belum masuk bab handphone...aku cukup tak suka Iphone punya product.Sebab produk tu membodohkan pengguna dia.Selalunya apa yang dia buat adalah dia akan launch dulu iphone satu model basic takde 3G la biasanya,kemudian dia akan promote dan pastikan orang beli.Apabila dah sampai satu tempoh..biasanya 6 bulan atau setahun..dia akan keluar satu model sama,tapi dah ada tambah features sket.Tu standard practice bisnesla kan?

Tapi...Apple ni cukup licik,phone yang dah kononnya "baru" tu dah pun sebenarnya sewaktu pelancaran model lama tu cuma dia hold launching sebab ....daripada jual satu aje fon kepada seorang,baik try jual dua phone kepada seorang dalam satu tahun.

Bisnes strategi yang sangat zalim tapi sangat effective kalau kau ada satu produk yang orang dambakan...

Dan aku agak buntu nak fikirkan contoh yang untuk perempuan specifically..tapi aku nampak golongan perempuan pulak selalu diambik kesempatan bila bab2 nak bercantik dan berlawa ni.Cuma sebab aku tak ikut perkembangan industri make up ni...jadi aku tak tau.Mungkin sama keadaan dia kalau tetiba wujud trend "tudung artis" macam selalu ramai wanita terjebak.Sekarang ni zaman tudung Yuna..dulu zaman tudung Wardina..ada sekejap zaman tudung Siti Nurhaliza....trend.Padahal tudung kat rumah tu dah berlambak-lambak dan ada yang dah tak terpakai.

Dan yang paling aku nampak,kasut....kasut mesti macam-macam jenis dan macam-macam warna sebab nak matching kan dengan baju supaya nampak cantik pegi kerja.Mana datangnya pressure untuk matching color tu?Mana datangnya perasaan untuk jadi lawa bila pegi kerja?Salah tu kak.Gi kerja,pakai la pakaian yang tak memanggil pandangan lelaki ke atas anda.Baju..carik la yang kaler pudar.Kasut..biarlah tapak getah sebab tumit tinggi ada bunyi..bila berbunyi orang akan jeling...dan pada apa yang aku nampak,kasut tumit tinggi ni la yang mahal2..

Entah..aku tak tau sapa yang pressure utk kita berbelanja.Mungkin dari dalam diri sendiri ada rasa camtu.Tapi...kalau kita dah beli dan kita dah cukup barang yang kita ada,tak boleh ke kekal hidup camtu?..oh,kita ada nafsu.Dah ada sepasang buah dada halal,nak jugak carik buah dada amoi....nafsu...

kau beli rumah pun tak lama lepas tu akan ada keinginan nak beli rumah lagi besar walaupun rumah kau banglo..tanyala Khir Toyo...

Kau beli kereta?Minyak lagi.Road tax lagi.Servis lagi.Kau beli henfon?Bulan2 kena byr..prepaid ke postpaid ke.Dah ada 3G pulak?Upgrade lagi.Sekarang ni banyak pihak yang cuba carik peluang nak ambik duit kita.Cuma sama ada kita nak bagi kat dia ke tak rezeki kita terpulanglah pada anda...

Dan bermacam lagilah tanggungan yang akan muncul...
seolah-olah akan wujud satu chain yang buat kau spend duit apabila kau spend duit.

Macam mana nak stop?

Back to basic....ada satu buku yang Tuhan bagi dekat kita yang boleh jawab semua benda pasal kehidupan.Nama buku tu,bukanlah "Financial Planning for Dummies" atau "The Idiot Guide to Financila Planning." Ikut guide dalam tu,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati..

Cuma sama ada anda mampu hidup dgn perasaan obsolete tu,tu yang agak payah nak dilawan.
CREDIT TO CURSING MALAY.

Wednesday, June 8, 2011

SANTAI 2

Satu hal yang menarik apabila berkunjung ke pusat membeli belah atau pun kedai di Jepun ialah sikap dan keramahan jurujual mereka. Jurujual akan menyapa pelanggan dengan penuh mesra dan mereka amat menghormati pelanggan walau pun kita sekadar melihat lihat sahaja.

Bagi mereka, setiap pelanggan yang datang perlu dilayan dengan penuh hormat dan disapa dengan mesra tidak kira agama dan bangsa. Jika kita membeli sesuatu barangan dari kedai mereka, setiap urusan tranksaksi akan ada akad jual beli yang sepatutnya diamalkan oleh semua peniaga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Juruwang akan menyebut harga barangan yang dibeli 2 ribu yen, wang dibayar 5 ribu yen, baki awak ialah 3 ribu yen, terima kasih dan datang lagi, begitu lah lebih kurang akad jual beli mereka.

Harga barangan di Jepun adalah tetap dan tidak ada tawar menawar seperti di Malaysia. Disemua kedai, harga adalah seragam dan tiada manipulasi harga, kecuali di tempat yang agak jauh seperti di Hakone , harga air dalam mesin lebih mahal sebanyak 2 peratus atas faktor kos logistic, tetapi secara keseluruhan nya harganya tidak banyak perbezaan.

Jepun tidak mengharapkan pekerja asing untuk membangun kan ekonomi, daripada pengamatan, daripada pekerja kolar putih hinggalah kepada tukang cuci, penyapu sampah, pekerja kontrak, semuanya adalah rakyat tempatan. Mereka melakukan pekerjaan dengan penuh bersemangat, pernah sekali, dalam perjalanan ke Imperial Palace, terserempak dengan seorang wanita muda yang sangat cantik menjadi tukang sapu dan dia amat bangga dengan tugasnya itu,, kalau di Malaysia, hanya warga asing sahaja yang menjadi tukang cuci dan tukang sapu.

Layanan terhadap pelancong juga amat baik dan mereka akan memberikan diskaun sebanyak 5 peratus kepada barangan terpilih yang dibeli seperti jam dan barangan elektronik dengan mengemukakan passport antarabangsa.

Bercakap mengenai pengangkutan, rata rata penduduk Jepun mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, cuma mereka menyimpannya dirumah kerana kos parking dan minyak yang mahal, bas, train dan teksi menjadi pilihan popular majoriti penduduk Jepun.
Setiap laluan bas dikenakan tambang yang yang seragam. Distesyen bas yang besar seperti di Shibuya, tidak mempunyai terminal berbumbung dan kerusi, penumpang akan beratur sambil berdiri menunggu bas yang akan sentiasa tiba tepat pada waktunya. Pemandu bas sendiri mempunyai standard operation procedurenya setiap kali bas akan berjalan,sebagai contoh, pemandu akan melihat cermin kiri sambil menunjuk dengan tangan, cermin kanan, cermin belakang dan akan menunjuk dua tangan kedepan tanda laluan kosong, barulah bas akan berjalan. Sessi tunjuk tunjuk itu akan berterusan setiap kali bas akan berjalan. Disepanjang jalan, pemandu akan bercakap mengenai destinasi atau stesyen bas yang hampir sampai, Bas akan berhenti disetiap stesyen yang ditetapkan, cuma pintu untuk turun tidak akan dibuka kecuali jika penumpang memicit loceng untuk turun.

Teksi akan berhenti dimana sahaja, baik dipersimpangan lampu merah atau dijalan yang sibuk. Tiada bunyi hon dari kenderaan lain, mungkin mereka menganggap teksi membantu orang lain, jadi mereka akan sabar menunggu. Pintu belakang teksi akan terbuka secara automatik, jadi kita cuma masuk dan ditutup secara automatik juga. Mereka akan ke destinasi pilihan kita tanpa rungutan jauh atau dekat, jam atau pun tak, bagi mereka semua pelanggan perlu dilayan dengan hormat.

Train yang menjadi pengangkutan popular adalah yang termurah sekali untuk kedestinasi sekitar Tokyo. Dengan setiap stesyen keretapi sebesar KL sentral, boleh pening kepala jika tidak tahu laluan yang betul. Dengan laluan yang berselirat termasuk dibawah tanah, semuanya berjalan mengikut jadual, bahkan pintu train akan terbuka ditempat yang telah ditanda garisan kuning atau putih tanpa pernah gagal sekali pun sepanjang 10 hari menggunakan perkhidmatan itu.

Pengalaman menaiki shinkansen atau keretapi laju ke Shin Yokohama juga menjadi kenangan manis. Ruang dalamnya selesa dengan kedudukan kerusi 2 dan 3 sebaris, amat selesa melebihi menaiki bas ekspress malahan kapal terbang dengan jarak antara kerusi yang luas. Perjalanannya amat lancar, seolah olah keretapi itu terapung apung dilandasan. Kelajuannya mengkagumkan, tak hairan lah ia menjadi pilihan ramai untuk perjalanan jarak jauh. Cuma, bagi pelancong dari negara membangun seperti kita, kos tambangnya untuk perjalanan jauh boleh menyesakkan poket.

Banyak sekali pengalaman di tokyo walau pun hanya sekadar 10 hari disana. Melihat bagaimana displinnya rakyat mereka melintas jalan hanya dizebra crossing sahaja, tidak memotong laluan walau pun jalanraya jem, lajunya mereka berjalan dan ada wanita berkasut tumit tinggi tapi masih mampu berlari mengejar keretapi dan tiada mat rempit dijalanan. Juga melihat bagaimana rakyat Jepun yang hanya merokok ditempat yang ada ashtray sahaja ditempat awam tanpa perlu ada penguat kuasa untuk memantau atau menyaman sekali pun.

Namun begitu, disebalik banyak sekali norma norma yang teratur dan berdisplin dalam kehidupan rakyat jepun, terselit juga satu tradisi yang hingga kini masih berlaku walau pun tidak diperkatakan secara terbuka oleh masyrakat jepun. Tradisi tersebut ialah BUNUH DIRI. Ya, memang ada segelintir rakyat jepun akan memilih untuk menamatkan riwayat diri sendiri jika berhadapan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika ada masalah keluarga sekali pun , ada yang mengambil ktindakan drastik itu. Mungkin bagi mereka, itu adalah tindakan mulia dan mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Bukan semua rakyat jepun yang kaya dan mampu, masih ada segelintir rakyat mereka di bandar besar seperti di Tokyo yang "homeless", tidak mampu mempunyai rumah sendiri, tp masih ada duit untuk makan dan menguruskan diri. Golongan homeless ini bukan peminta sedekah, mereka mempunyai kelengkapan mudah alih seperti khemah dan lain lain termasuk buku. Mereka ni akan tinggal di taman taman diwaktu malam. Satu sifat terpuji, mereka mengekalkan kebersihan taman dan persekitaran khemah.

Namun begitu, hujan emas dinegeri orang, negeri sendiri juga menjadi tempat kenangan. Menjadi pelancong di tokyo agak sukar kerana masalah komunikasi bahasa, jika sesiapa yang fasih becakap jepun, perjalanan akan menjadi lebih mudah. Masalah makanan juga menjadi kesulitan. Agak sukar mencari kedai makanan yang diyakini halal selain dari faktor kos yang sememangnya paling mahal diasia dan antara termahal didunia.

Malaysia adalah tempat terbaik untuk tinggal, dengan cuaca dan putaran waktu yang dikira lengkap untuk pengurusan hidup harian bagi umat Islam khasnya. Semuanya ada di Malaysia ini, dengan penambahbaikan dari segi pengangkutan awam, kemudahan awam dan mentaliti semua rakyat Malaysia yang berfikir mengikut negara maju, Malaysia akan menjadi Negara yang amat selesa untuk rakyatnya. Penerapan displin perlu bermula dari kanak kanak dengan orang dewasa menjadi contoh yang baik. Ini akan mengambil masa, tetapi tidak mustahil dilakukan.

Bukan setakat rakyat sahaja, pemimpin disemua peringkat juga perlu menunjukkan contoh yang baik, mengamalkan cara hidup Islam dan kehidupan harian. Jika ini boleh dilakukan tidak mustahil Rakyat Malaysia boleh menjadi lebih baik dengan pegangan agama Islam yang diamalkan.





Saturday, May 28, 2011

Santai

Tak pernah ada dalam perancangan untuk bercuti ke Negara Maju dan mahal seperti UK, USA atau pun Europe.

Melihat pada currency, boleh pening dbuatnya, dengan penginapan, makanan dan serba serbi yang mahal, tak berbaloi rasannya nak bercuti dinegara tersebut bagi orang yang berpendapatan sederhana seperti kita.
Peluang ke Jepun, lebih tepat lagi Tokyo pada awal may lalu macam mimpi saja. Kami menjejakkan kaki keTokyo, antara bandaraya termaju dan kos hidup termahal didunia pada 10 may lalu.

Tokyo hanya muncul dalam plan bercuti apabila En Ahmad Jamuli dan keluarga bekerja dan menetap disana pada awal tahun lepas. Tentunya tempat penginapan sudah selesai.
Perancangan hanya dibuat pada awal tahun, urusan paspot, visa dan semestinya ongkos perlu diselesaikan. Plan awal hampir terbantut bila gempa bumi dan tsunami melanda, tiket terpaksa ditunda.

Bila tiba pada 10 may di tokyo, kejutan pertama walau pun ada dalam ingatan ialah masalah komunikasi. Orang jepun amat cintakan bahasa ibunda mereka walaupun dengan sesiapa sahaja.
Berurusan dengan Imigration sudah ada kesukaran walau pun mereka amat membantu.
Sepanjang 10 hari di Tokyo, banyak sangat pengajaran yang didapati. Pergi lah keceruk mana pun, tempat mereka sangat bersih.
Dibelakang lorong pun sangat bersih. Rumah sampah disetiap apartment bersih, tiada air dan boleh tidur jika mahu tanpa ada bau yang tidak enak. Hatta lori simen ready made yang macam siput pun bersih dan berkilat. Tong sampah amat sukar ditemui, hanya ada disekitar mesin air dan mini market. Rakyat mereka akan menyimpan sampah dalam bag dan hanya membuang bila jumpa tong sampah atau dibawa balik dibuang dirumah,,, menakjubkan displin mereka.

Sepanjang 10 hari, pengangkutan awam menjadi pengangkutan kami. Ketepatan masa dalam sistem pengangkutan amat mengkagumkan. Train, Subway, monorel, erl, bullet train, dan bas amat cekap dan tiba tepat pada waktunya. Train akan tiba pada setiap dua minit pada waktu puncak, saya tak pernah tunggu lebih dari 4 minit untuk naik train. Setiap train ada 10 gerabak,,
jadi tidak hairan lah kenapa pengangkutan awam menjadi pilihan penduduk jepun.
Kad seperti touch n go boleh digunakan utk bayar tambang bas, train dan shopping dikedai terpilih.Rakyat Jepun dalam train akan membaca atau pun berinternet melalui handphone. Yuran internet juga murah dan laju speednya.

Selain dari displin, kebersihan, Jepun juga amat selamat untuk semua orang termasuk pelancung. anak anak sekolah rendah berumur 9, 10 tahun menaiki bas dan train seorang diri tanpa ada rasa takut . Penyeluk saku tak perlu dirisaukan, tidak perlu takut kecurian barang, dan tak ada mat rempit dijalanan kerana motorsikal amat kurang , hanya polis, despatch dan segelintir orang termasuk posmen yang menggunakan motor.Agaknya motorsikal Jepun untuk pasaran negara luar.

Saya tertanya tanya... Masyarakat Jepun ni mengamalkan tuntutan agama Islam seperti kebersihan, amanah dan jujur, suka membantu dan tidak suka meminta minta.

to be continued---

Friday, April 1, 2011

........

*Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

* Orang tak ada KERJA Orang yang baca entri ni sambil ketawa dan terkentut-kentut.. kah..kah..kah..kah..

Wednesday, March 9, 2011

hmmmmmmm....

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line).

Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu.

Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.


Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director - Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development/Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan.

Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk.

Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke.... Magnetic ke.... Tok Guru ke.... Aura ke... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini.

Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa.. orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa.

Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu.

Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat).

Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa... kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00).

Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa... Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima, Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00.... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline).

Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje.

Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula.

Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim....

Siapakah yang kena tipu? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

Tuesday, January 11, 2011

kupu kupu

Salam,
http://budihermanto.blogdetik.com/files/2008/11/pupae.jpg

Seorang kawan sekolah penulis beritahu beliau menghadapi masalah kewangan kerana baru berhenti kerja. Bila berhenti kerja, punca rezeki dah tidak ada. Isteri tak bekerja, anak-anak kena sekolah.

Kena pindah rumah kerana tak mampu bayar sewa tinggi, cari rumah sewa yang rendah. Dah la harga barang dah naik mengila, punca pendapatan pula hilang. Sesiapa pun yang duduk tempat dia pasti akan susah hati.

Penulis simpati dengan kawan apabila beliau minta pinjam RM20 sebab nak beli tikar getah untuk rumah sewa baru. Sehingga tahap tu kesusahannya, penulis nak tolong bank in duit dekat dia tak boleh sebab bukan dalam negara.

Penulis minta tolong kawan di kawasan penulis, tolong bank in sedikit duit untuk bantu kawan sekolah tadi. Penulis minta beliau banyak bersabar dan perbanyakkan istighfar , kerana semua ini ujian Allah.

Kehidupan seseorang manusia memang berhadapan dengan pelbagai dugaan. Sama ada dugaan dalam kehidupan peribadi mahupun dugaan dalam perjuangan. Semua dugaan ini sebenarnya mempunyai hikmahnnya walaupun kadang-kadang tidak disukai manusia.

Penulis paparkan sebuah kisah yang mempunyai banyak pengajaran kepada kita yang pastinya ada menerima dugaan dalam kehidupan. Bacalah.....

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu.

Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi.

Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut.

Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya.

Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian.

Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan...dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran...dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta...dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa kita tidak mendapatkan segala yang kita inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita. albuthy

Wassalam