Monday, June 20, 2011

APO KONO KAU JANG....

Untuk soalan ni..mudah aje jawapan dia.Keperluan.Dengan zaman yang semakin moden dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih,kita semakin hidup senang dgn teknologi yang membantu kita.

Jawapan dia paling mudah,
"Kita perlu double income sebab kita nak senangkan hidup kita."

Satu masa dulu aku pakai lampin kain yang reusable beberapa ratus kali tapi anak aku akan pakai pampers yang pakai sekali kena buang.Satu masa dulu kita cukup dengan TV1,TV2 dan TV3,tapi bila ada Astro,kita jadi tak puas dengan apa yang kita dah ada.Sebelum ni pakai public phone aje boleh hidup..tapi bila dah pegang handphone..kita jadi lost tanpa teknologi tu.

Tapi sanggup ke kita hidup balik macam orang dulu2 yang tak kaya dengan teknologi?

The easier teknologi to be put into the masses hands,the easier for us to be controlled...
maksud aku,kita bukan leader teknologi dan kita sangat mudah dikawal oleh golongan ini.

Ambik contoh,kereta.Kereta keperluan (di Malaysia lah especially) ....tapi kereta yang kita beli takkan cukup untuk kita.Sebab once kita dah beli kereta,akan ada model baru yang ganti kereta kita.dari situ ada la tergerak nak tukar ke model baru tu...semua tu bukannya sebab apa..tapi sebab ada model baru.Kereta kita ok aje lagi..takde rosak apa2 cuma dah berusia la sket2.

Dan walaupun aku selalu kutuk Proton (...sebab dia Proton) tapi ada sesetengah benda yang Proton buat betul.Ada sebabnya kenapa kereta Proton Saga tu tunggu berpuluh tahun baru ada diganti. Faedah dia,kau akan dapat value dengan apa yang kau beli..cuma dalam bab Proton,nilai yang kau bayar tu agak mencekik darah sketlah...

Tu belum masuk bab handphone...aku cukup tak suka Iphone punya product.Sebab produk tu membodohkan pengguna dia.Selalunya apa yang dia buat adalah dia akan launch dulu iphone satu model basic takde 3G la biasanya,kemudian dia akan promote dan pastikan orang beli.Apabila dah sampai satu tempoh..biasanya 6 bulan atau setahun..dia akan keluar satu model sama,tapi dah ada tambah features sket.Tu standard practice bisnesla kan?

Tapi...Apple ni cukup licik,phone yang dah kononnya "baru" tu dah pun sebenarnya sewaktu pelancaran model lama tu cuma dia hold launching sebab ....daripada jual satu aje fon kepada seorang,baik try jual dua phone kepada seorang dalam satu tahun.

Bisnes strategi yang sangat zalim tapi sangat effective kalau kau ada satu produk yang orang dambakan...

Dan aku agak buntu nak fikirkan contoh yang untuk perempuan specifically..tapi aku nampak golongan perempuan pulak selalu diambik kesempatan bila bab2 nak bercantik dan berlawa ni.Cuma sebab aku tak ikut perkembangan industri make up ni...jadi aku tak tau.Mungkin sama keadaan dia kalau tetiba wujud trend "tudung artis" macam selalu ramai wanita terjebak.Sekarang ni zaman tudung Yuna..dulu zaman tudung Wardina..ada sekejap zaman tudung Siti Nurhaliza....trend.Padahal tudung kat rumah tu dah berlambak-lambak dan ada yang dah tak terpakai.

Dan yang paling aku nampak,kasut....kasut mesti macam-macam jenis dan macam-macam warna sebab nak matching kan dengan baju supaya nampak cantik pegi kerja.Mana datangnya pressure untuk matching color tu?Mana datangnya perasaan untuk jadi lawa bila pegi kerja?Salah tu kak.Gi kerja,pakai la pakaian yang tak memanggil pandangan lelaki ke atas anda.Baju..carik la yang kaler pudar.Kasut..biarlah tapak getah sebab tumit tinggi ada bunyi..bila berbunyi orang akan jeling...dan pada apa yang aku nampak,kasut tumit tinggi ni la yang mahal2..

Entah..aku tak tau sapa yang pressure utk kita berbelanja.Mungkin dari dalam diri sendiri ada rasa camtu.Tapi...kalau kita dah beli dan kita dah cukup barang yang kita ada,tak boleh ke kekal hidup camtu?..oh,kita ada nafsu.Dah ada sepasang buah dada halal,nak jugak carik buah dada amoi....nafsu...

kau beli rumah pun tak lama lepas tu akan ada keinginan nak beli rumah lagi besar walaupun rumah kau banglo..tanyala Khir Toyo...

Kau beli kereta?Minyak lagi.Road tax lagi.Servis lagi.Kau beli henfon?Bulan2 kena byr..prepaid ke postpaid ke.Dah ada 3G pulak?Upgrade lagi.Sekarang ni banyak pihak yang cuba carik peluang nak ambik duit kita.Cuma sama ada kita nak bagi kat dia ke tak rezeki kita terpulanglah pada anda...

Dan bermacam lagilah tanggungan yang akan muncul...
seolah-olah akan wujud satu chain yang buat kau spend duit apabila kau spend duit.

Macam mana nak stop?

Back to basic....ada satu buku yang Tuhan bagi dekat kita yang boleh jawab semua benda pasal kehidupan.Nama buku tu,bukanlah "Financial Planning for Dummies" atau "The Idiot Guide to Financila Planning." Ikut guide dalam tu,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati..

Cuma sama ada anda mampu hidup dgn perasaan obsolete tu,tu yang agak payah nak dilawan.
CREDIT TO CURSING MALAY.

Wednesday, June 8, 2011

SANTAI 2

Satu hal yang menarik apabila berkunjung ke pusat membeli belah atau pun kedai di Jepun ialah sikap dan keramahan jurujual mereka. Jurujual akan menyapa pelanggan dengan penuh mesra dan mereka amat menghormati pelanggan walau pun kita sekadar melihat lihat sahaja.

Bagi mereka, setiap pelanggan yang datang perlu dilayan dengan penuh hormat dan disapa dengan mesra tidak kira agama dan bangsa. Jika kita membeli sesuatu barangan dari kedai mereka, setiap urusan tranksaksi akan ada akad jual beli yang sepatutnya diamalkan oleh semua peniaga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Juruwang akan menyebut harga barangan yang dibeli 2 ribu yen, wang dibayar 5 ribu yen, baki awak ialah 3 ribu yen, terima kasih dan datang lagi, begitu lah lebih kurang akad jual beli mereka.

Harga barangan di Jepun adalah tetap dan tidak ada tawar menawar seperti di Malaysia. Disemua kedai, harga adalah seragam dan tiada manipulasi harga, kecuali di tempat yang agak jauh seperti di Hakone , harga air dalam mesin lebih mahal sebanyak 2 peratus atas faktor kos logistic, tetapi secara keseluruhan nya harganya tidak banyak perbezaan.

Jepun tidak mengharapkan pekerja asing untuk membangun kan ekonomi, daripada pengamatan, daripada pekerja kolar putih hinggalah kepada tukang cuci, penyapu sampah, pekerja kontrak, semuanya adalah rakyat tempatan. Mereka melakukan pekerjaan dengan penuh bersemangat, pernah sekali, dalam perjalanan ke Imperial Palace, terserempak dengan seorang wanita muda yang sangat cantik menjadi tukang sapu dan dia amat bangga dengan tugasnya itu,, kalau di Malaysia, hanya warga asing sahaja yang menjadi tukang cuci dan tukang sapu.

Layanan terhadap pelancong juga amat baik dan mereka akan memberikan diskaun sebanyak 5 peratus kepada barangan terpilih yang dibeli seperti jam dan barangan elektronik dengan mengemukakan passport antarabangsa.

Bercakap mengenai pengangkutan, rata rata penduduk Jepun mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, cuma mereka menyimpannya dirumah kerana kos parking dan minyak yang mahal, bas, train dan teksi menjadi pilihan popular majoriti penduduk Jepun.
Setiap laluan bas dikenakan tambang yang yang seragam. Distesyen bas yang besar seperti di Shibuya, tidak mempunyai terminal berbumbung dan kerusi, penumpang akan beratur sambil berdiri menunggu bas yang akan sentiasa tiba tepat pada waktunya. Pemandu bas sendiri mempunyai standard operation procedurenya setiap kali bas akan berjalan,sebagai contoh, pemandu akan melihat cermin kiri sambil menunjuk dengan tangan, cermin kanan, cermin belakang dan akan menunjuk dua tangan kedepan tanda laluan kosong, barulah bas akan berjalan. Sessi tunjuk tunjuk itu akan berterusan setiap kali bas akan berjalan. Disepanjang jalan, pemandu akan bercakap mengenai destinasi atau stesyen bas yang hampir sampai, Bas akan berhenti disetiap stesyen yang ditetapkan, cuma pintu untuk turun tidak akan dibuka kecuali jika penumpang memicit loceng untuk turun.

Teksi akan berhenti dimana sahaja, baik dipersimpangan lampu merah atau dijalan yang sibuk. Tiada bunyi hon dari kenderaan lain, mungkin mereka menganggap teksi membantu orang lain, jadi mereka akan sabar menunggu. Pintu belakang teksi akan terbuka secara automatik, jadi kita cuma masuk dan ditutup secara automatik juga. Mereka akan ke destinasi pilihan kita tanpa rungutan jauh atau dekat, jam atau pun tak, bagi mereka semua pelanggan perlu dilayan dengan hormat.

Train yang menjadi pengangkutan popular adalah yang termurah sekali untuk kedestinasi sekitar Tokyo. Dengan setiap stesyen keretapi sebesar KL sentral, boleh pening kepala jika tidak tahu laluan yang betul. Dengan laluan yang berselirat termasuk dibawah tanah, semuanya berjalan mengikut jadual, bahkan pintu train akan terbuka ditempat yang telah ditanda garisan kuning atau putih tanpa pernah gagal sekali pun sepanjang 10 hari menggunakan perkhidmatan itu.

Pengalaman menaiki shinkansen atau keretapi laju ke Shin Yokohama juga menjadi kenangan manis. Ruang dalamnya selesa dengan kedudukan kerusi 2 dan 3 sebaris, amat selesa melebihi menaiki bas ekspress malahan kapal terbang dengan jarak antara kerusi yang luas. Perjalanannya amat lancar, seolah olah keretapi itu terapung apung dilandasan. Kelajuannya mengkagumkan, tak hairan lah ia menjadi pilihan ramai untuk perjalanan jarak jauh. Cuma, bagi pelancong dari negara membangun seperti kita, kos tambangnya untuk perjalanan jauh boleh menyesakkan poket.

Banyak sekali pengalaman di tokyo walau pun hanya sekadar 10 hari disana. Melihat bagaimana displinnya rakyat mereka melintas jalan hanya dizebra crossing sahaja, tidak memotong laluan walau pun jalanraya jem, lajunya mereka berjalan dan ada wanita berkasut tumit tinggi tapi masih mampu berlari mengejar keretapi dan tiada mat rempit dijalanan. Juga melihat bagaimana rakyat Jepun yang hanya merokok ditempat yang ada ashtray sahaja ditempat awam tanpa perlu ada penguat kuasa untuk memantau atau menyaman sekali pun.

Namun begitu, disebalik banyak sekali norma norma yang teratur dan berdisplin dalam kehidupan rakyat jepun, terselit juga satu tradisi yang hingga kini masih berlaku walau pun tidak diperkatakan secara terbuka oleh masyrakat jepun. Tradisi tersebut ialah BUNUH DIRI. Ya, memang ada segelintir rakyat jepun akan memilih untuk menamatkan riwayat diri sendiri jika berhadapan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika ada masalah keluarga sekali pun , ada yang mengambil ktindakan drastik itu. Mungkin bagi mereka, itu adalah tindakan mulia dan mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Bukan semua rakyat jepun yang kaya dan mampu, masih ada segelintir rakyat mereka di bandar besar seperti di Tokyo yang "homeless", tidak mampu mempunyai rumah sendiri, tp masih ada duit untuk makan dan menguruskan diri. Golongan homeless ini bukan peminta sedekah, mereka mempunyai kelengkapan mudah alih seperti khemah dan lain lain termasuk buku. Mereka ni akan tinggal di taman taman diwaktu malam. Satu sifat terpuji, mereka mengekalkan kebersihan taman dan persekitaran khemah.

Namun begitu, hujan emas dinegeri orang, negeri sendiri juga menjadi tempat kenangan. Menjadi pelancong di tokyo agak sukar kerana masalah komunikasi bahasa, jika sesiapa yang fasih becakap jepun, perjalanan akan menjadi lebih mudah. Masalah makanan juga menjadi kesulitan. Agak sukar mencari kedai makanan yang diyakini halal selain dari faktor kos yang sememangnya paling mahal diasia dan antara termahal didunia.

Malaysia adalah tempat terbaik untuk tinggal, dengan cuaca dan putaran waktu yang dikira lengkap untuk pengurusan hidup harian bagi umat Islam khasnya. Semuanya ada di Malaysia ini, dengan penambahbaikan dari segi pengangkutan awam, kemudahan awam dan mentaliti semua rakyat Malaysia yang berfikir mengikut negara maju, Malaysia akan menjadi Negara yang amat selesa untuk rakyatnya. Penerapan displin perlu bermula dari kanak kanak dengan orang dewasa menjadi contoh yang baik. Ini akan mengambil masa, tetapi tidak mustahil dilakukan.

Bukan setakat rakyat sahaja, pemimpin disemua peringkat juga perlu menunjukkan contoh yang baik, mengamalkan cara hidup Islam dan kehidupan harian. Jika ini boleh dilakukan tidak mustahil Rakyat Malaysia boleh menjadi lebih baik dengan pegangan agama Islam yang diamalkan.