Wednesday, January 20, 2010

FROM SHAH ALAM TO PENANG PART TWO




Sabtu lepas kami kami pergi ke penang sekali lagi,, kali ni untuk ambil kereta cik Bib yang sudah siap repair sewaktu kemalangan tempohari,
Plan asal nak jumpa dania,, firefly la,,,tapi tiket mahal,, akhirnya naik air asia gak, melepas aku nak jumpa si dania tu,, dari lcct pukul 8.30 pagi, 9.30 pagi dah ada kat penang,,, suruh adik ipar cum driver ambik dari airport,, terus ke workshop,,, kereta pun dah ok,, cuma antena radio hilang,,, dah kena kebas,,, settle semua dalam pukul 1 .00,,
Apa lagi,, makan time la,, mula mula nak makan mi udang kat sungai dua,, tp adik aku kata kita pergi Juru,,, jadi ini lah hasilnya,,,,


kedai makan kat Juru,,, kedai ni simple jer,, tp masakan dia sedap,dan paling penting sekali harganya murah,,
apa pasai gambar ni pun aku masuk kan gak,,, ini adalah gambar penjara Taiping,, ceritanya balik dari Penang kami decided tidur kat Taiping,, depan hotel Sri Malaysia tu Penjara Taiping, tempat orang baik baik menginap,,, pas breakfast tangan aku gatai snap gambar ni,, sayu jer tengok,,,

Ini orang yang dah kenyang makan mi udang,, tengah kira duit syiling nak bayar kat tokeh mi tu,,,
Bukan mi udang je,, ketam pun balun gak,,, satu mangkuk licin,, tak gamak nak letak gambar mangkuk kosong,,,,
nak naik flight,,, sebenar nya excited nak naik firefly,,
control,control,,, tangkap gambar sendiri,,,


sewaktu kejadian 5/12/2009
masa ni perasaan kacau bilau,,,
sewaktu kereta sedang dalam proses baik pulih,,,
gambar ni adik aku yang ambil,,, dia orang tingggal kat sana,, so aku mintak tolong upadate bila siap,,,
03/01/2010
Akhirnya siap gak kereta cik Bib,,, nampak macam asal,,, ok gak workshop ni buat,,, gambar ni kat depan office workshop tu,,, tak sabar,,,
ini kat parking area sri malaysia,,
16/01/2010

Inilah hasilnya,,, moga moga di lindungi ALLAH dari segala mala petaka hendaknya,,, tp kalau sudah ditakdirkan,sesaat pun tak lambat dan sesaat pun tak cepat,, ia pasti berlaku,,, kepada semua,,, berhati hati dijalan raya,,,,

Monday, January 11, 2010

GOOD BYE 2009,WELCOME 2010






Akhirnya selepas empat hari bercuti, kami selamat sampai ke Shah Alam petang sabtu, Malam tu ada pulak acara makan makan, siap barbeku lagi,,, walau pun bukan semua ahli keluarga yang berkumpul, kurang dua orang lagi,,,,sorang kat kedah,sorang lagi kat terengganu,,, tp meriah gak,,,, boleh dijadikan acara tahunan,, terima kasih tuan rumah!!!




kereta MB Selangor,Dato Mentri Besar,Tan SrI Khalid Ibrahim, sewaktu menyambut malam tahun baru di I City,,,
Ini dia pancaran bunga api.. 5 minit jer,, kira ok la,, aku pernah tengok bunga api selama 25 minit non stop di Putrajaya tahun lepas,,,fuh!!!!!!
cantik apa !!!
Yang ni pulak pokok bunga tiruan ditengah padang kat I City,, menarik dan ada kelainan,,
Penuh warna warni,, macam bukan kat Shah Alam,,,
Dua beranak., Hajah Taibah Dan Hajah Fatimah sedang makan,,
empat menantu dan sorang anak Hajah Taibah sedang berehat selepas kenyang makan kepak ayam dll,,, acara biasa lepas makan, berlabun masalah negara,,

Friday, January 8, 2010

december 2009

Selepas berhempas pulas menyiapkan kerja yang wajib disiapkan dalam tempoh yang amat singkat,,, jeng,jeng,jeng,,,,, tiba masa untuk bercuti. walaupun dah lama plan,, hampir 4 bulan,, nyaris nyaris tak dpt join kerana ada kerja yang terpaksa disiapkan, mujur everything settle alaready dalam waktu yang ditetapkan walau pun mengorbankan masa tidur,,,,

Plan bercuti ni dah lama dirancang bersama keluarga kak ipar dan biras yang tinggal di Ipoh, Mulanya dari Shah alam pergi ke Desaru,,, mak ai, punyala jauh desaru tu,,, hampir hampir nak sesat jalan,,, bertolak dari Shah alam kul 3 ptg, sampai kul 10 malam,,,
bila dah sampai, punya la letih,, Banglo TNB tu lawa dan selesa,tp malang nya,,,, takdak TV,rosak beb,,, punya la boring,,, nak mandi laut pulak laut bergelora tahap gaban bagi orang yang tak tau berenang macam aku,,,, so,, tidur satu mlm kat desaru dan ambil keputusan gi JB,,



Gambar diatas pemandangan menara taming sari,, dari JB kita orang tidur semalam kat Melaka,, dapat la round Melaka walau pun orang ramai tahap gaban kat Melaka tu,, jalan jam bagai nak giler,,,


siap sedia berposing walau pun perut lapar giler,sewaktu tunggu makanan sampai kat Umbai, punya lapar tahap gaban,, rasanya gaban pun tak lapar tahap kita orang,sampai je makanan,, , sup,sap,sup,sap,,, semua habis,,, Alhamdulillah,,,

Mat motor tengah posing atas motor pinjam,, kami tersilap masuk jalan ,, nak cari exit shah alam, masuk exit nilai,, lepak lepas tol nampak mat motor,, terus posing sebelum patah balik,,,


Ini dia banglo TNB,lawa tp jauh dari tempat makan,,, untuk orang baru kawin,, desaru ni mmg sesuai,,


Gambar ni kat Danga Bay,, dia orag g shopping kat dalam ,aku boring,, amik gambar keretapi ni round danga Bay,,,,