Friday, January 8, 2010

december 2009

Selepas berhempas pulas menyiapkan kerja yang wajib disiapkan dalam tempoh yang amat singkat,,, jeng,jeng,jeng,,,,, tiba masa untuk bercuti. walaupun dah lama plan,, hampir 4 bulan,, nyaris nyaris tak dpt join kerana ada kerja yang terpaksa disiapkan, mujur everything settle alaready dalam waktu yang ditetapkan walau pun mengorbankan masa tidur,,,,

Plan bercuti ni dah lama dirancang bersama keluarga kak ipar dan biras yang tinggal di Ipoh, Mulanya dari Shah alam pergi ke Desaru,,, mak ai, punyala jauh desaru tu,,, hampir hampir nak sesat jalan,,, bertolak dari Shah alam kul 3 ptg, sampai kul 10 malam,,,
bila dah sampai, punya la letih,, Banglo TNB tu lawa dan selesa,tp malang nya,,,, takdak TV,rosak beb,,, punya la boring,,, nak mandi laut pulak laut bergelora tahap gaban bagi orang yang tak tau berenang macam aku,,,, so,, tidur satu mlm kat desaru dan ambil keputusan gi JB,,



Gambar diatas pemandangan menara taming sari,, dari JB kita orang tidur semalam kat Melaka,, dapat la round Melaka walau pun orang ramai tahap gaban kat Melaka tu,, jalan jam bagai nak giler,,,


siap sedia berposing walau pun perut lapar giler,sewaktu tunggu makanan sampai kat Umbai, punya lapar tahap gaban,, rasanya gaban pun tak lapar tahap kita orang,sampai je makanan,, , sup,sap,sup,sap,,, semua habis,,, Alhamdulillah,,,

Mat motor tengah posing atas motor pinjam,, kami tersilap masuk jalan ,, nak cari exit shah alam, masuk exit nilai,, lepak lepas tol nampak mat motor,, terus posing sebelum patah balik,,,


Ini dia banglo TNB,lawa tp jauh dari tempat makan,,, untuk orang baru kawin,, desaru ni mmg sesuai,,


Gambar ni kat Danga Bay,, dia orag g shopping kat dalam ,aku boring,, amik gambar keretapi ni round danga Bay,,,,

2 comments:

  1. nanti kita g Melaka lagi ye, on weekdays. Kalau weekends, tak larat, ramai sangat orang

    ReplyDelete
  2. jiha ada pergi ke danga bay dengan keluarga.kebetulan masa itu jiran pun balik jb,lepas itu kitaorang naik keretapi.

    ReplyDelete