Friday, May 18, 2012

Kehilangan,, panik???

Bagaimanakah rasanya apabila tiba tiba kita kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam hidup ini.. tak kiralah apa pun,, Insan yang kita saya sayang atau pun harta yang amat bernilai.

Bagaimana pula andai tiba tiba kita kehilangan salah satu dari pancaindera kita yang lima itu. Tidak dapat dibayangkan andai tangan yang kita gunakan, hidung, telinga untuk mendengar atau lebih penting lagi MATA yang kita gunakan untuk melihat dan menikmati pemandangan alam ini ditarik  balik oleh Allah.

Itu lah yang terjadi pada saya awal minggu ini atau lebih tepat lagi malam isnin yang lalu. Satu kemalangan yang disangkakan kecil sewaktu menyiram bunga rupa rupanya telah mengubah rutin biasa untuk minggu ini.

Ketika kemalangan dimana pucuk pokok palma menikam anak mata hitam, saya sangkakan hanya kemalangan kecil dan bertangguh untuk berjumpa doktor hingga lah apabila bangun tidur pada pagi isnin, mata kanan merah dan kabur sepenuhnya. Saya amat panik hinggakan tidak dapat berfikir langsung waktu itu.

Segera ke klinik bersama isteri, saya masih memandu seperti biasa dan cuba menyembunyikan rasa panik dan masih tidak memberitahu isteri bahawa mata kanan saya kabur dan tidak dapat melihat.

Bermacam macam andaian terlintas difikiran, teruk kah cedera mata ku, akan buta kah, akan pulih kah,,, huh !!!! panik!!!!

Sewaktu menjalani rawatan, baru lah doktor beritahu, sedikit dari anak mata hitam saya luka dan selaputnya telah terkoyak!!!! Doktor tidak dapat berikan kepastian apakah penglihatan yang kabur akan pulih. Setelah dititis ubat, mata kanan ditampal untuk proses penyembuhan selaput dan proses seterusnya akan ditentukan selepas 24 jam.

Tempoh menunggu selama 24 jam dengan sebelah mata tertutup seperti pirate of the carribean amat  memeritkan. Dengan mata tertutup, sakit yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata kata membuatkan malam terasa amat panjang. Mujur ada isteri yang cuba menenangkan fikiran dan berfikiran positif.

Setelah tempoh 24 jam berakhir dan pemeriksaan doktor, luka dimata masih belum pulih dan penglihatan masih kabur malahan sakit juga tidak berkurangan.. apatah lagi bila doktor berkata mungkin selaput yang luka itu perlu dikikis... huh!!!!!

Mata ditampal semula untuk tempoh 24 jam lagi,,,, Malam ketiga lebih perit dengan  fikiran yang bercelaru, hati yang tidak tenang serta menahan kesakitan. Waktu itu terbayang difikiran, baru sedikit cubaan diberikan Allah......

Alhamdulillah,, hari ketiga berjumpa doktor, selaput telah mula pulih, walaupun tidak sepenuhnya, tapi ada perubahan yang ketara walau pun penglihatan masih kabur.

hari keempat berjumpa doktor, selaput telah pulih sepenuhnya tetapi,,,, ada garisan putih dalam anak mata, doktor tidak dapat pastikan samada ianya parut atau pun kudis pada mata. Mata juga tidak perlu ditampal lagi.

Sewaktu entri ini ditulis, mata kanan masih kabur sedikit dan masih ada satu lagi temujanji pada pagi sabtu untuk menentukan apakah perlu garisan putih perlu dikikis dan dibuang.

Rasa panik dan bimbang mula hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah... Begitu lah,, baru sedikit ujian yang kita terima, ada yang menerima dengan redha, ada yang tidak dapat menanggungnya, ada yang kehilangan kewarasan,,, moga moga Allah berikan kita ujian yang mampu kita tanggung,, Teima kasih pada isteri yang banyak memberikan sokongan walaupun saya terpaksa memandu sendiri selama 2 hari keklinik dengan sebelah mata tertutup... Ya lah,, isteri juga ada tanggungjawab dan saya mencuba memandu dengan sebelah mata untuk kemungkinan kemungkinan yang bermain difikiran sewaktu awal kemalangan. Alhamdulillah... walau pun masih kabur, tapi sudah boleh melihat dan kesakitan juga telah banyak kurangnya...

1 comment:

  1. laaaa, saya nak cuti tak bagi, kata Man boleh hantar laaa....lain kali Shuk tak bagi pun saya cuti jugak lah

    ReplyDelete