Tuesday, May 8, 2012

Hmmmm....

Dalam kehidupan ini, samada kita suka atau tidak, kita akan melalui ujian dan dugaan dalam hidup. Proses ujian dan dugaan ini akan mematangkan kita dalam menjalani kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Setiap insan akan tiba masanya menempuhi ujian. Ada yang diuji dengan kemewahan, sakit, kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda dan sebagainya. Waaima apa pun ujian yang datang, Allah menurunkan ujian keatas hambanya sesuai dengan kemampuan untuk menangani ujian tersebut, InsyaAllah,,,

Dalam hidup ini, kita sentiasa bekerja untuk mencari rezeki. Pendapatan yang kita perolehi akan digunakan untuk menyara keluarga, membayar hutang dan juga menyimpan jika ada lebihan.

Soal menyimpan lebihan pendapatan, begitu subjektif pada semua orang. Bagi pakar kewangan, menabung adalah perlu walau pun 10 ringgit sebulan, Bagi orang yang berpendapatan kecil, akan bertanya, bagaimana mahu menabung jika tiada lebihan. hmmm... memang sukar untuk menjawab persoalan ini.

Ada pakar kewangan yang menyarankan, jika perbelanjaan bulanan ada lah 3 k, maka tabungan adalah 18 k, untuk menampung perbelanjaan hidup selama 6 bulan andai berlaku kecemasan seperti kegawatan ekonomi dan kehilangan pekerjaan.Bagaimana jika Allah menguji kita dengan kehilangan kerja sekaligus hilang punca pendapatan.!!!!

Kehilangan kerja? Bagaimana jika secara tiba tiba kita kehilangan kerja, diberi notis penamatan kerja dengan sedikit imbuhan yang dapat menampung hidup tidak lebih dari 10 bulan. Bagi pekerja yang berumur kurang 30 tahun, pasaran kerja sentiasa ada, tapi bagi pekerja yang berumur lebih 45 tahun, masih adakah majikan yang akan menggaji mereka ini. Perlu bersaing dengan tenaga kerja yang muda ada lah sukar dalam kontek pasaran kerja sekarang ini. Apatah lagi jika hanya ketua keluarga sahaja yang bekerja manakala isteri menjadi suri rumah.

Dengan adanya hutang rumah dan kenderaan, mungkin juga pinjaman peribadi, perbelanjaan sekolah dan kolej anak anak, perbelanjaan harian sahaja sudah cukup untuk memeningkan kepala.

Tidak sukar untuk mencari kerja kolar biru. Ada dimana mana yang sekarang ini dimonopoli oleh tenaga asing. Masalahnya jika berumur lebih dari 45 tahun dan telah lama menjadi penyelaras dan menyelia, masih mampukah untuk bersaing dengan tenaga asing yang rata ratanya tidak memilih kerja. Sukar sekali untuk menjawab persoalan ini kerana telah sekian lama kerja membanting tulang dan memerah keringat diserahkan pada buruh asing.

Malahan, rakyat tempatan sendiri akan merasa sedikit janggal untuk mengambil alih tugas ini. Ini lah padahnya jika kita terlalu bergantung pada buruh asing. Sewaktu di negara Jepun tahun lepas, saya melihat semua kerja baik menyapu sampah, mengangkat sampah dikawasan perumahan, buruh kontrak dan lain lain kerja yang dilakukan oleh buruh asing di negara kita dilakukan sendiri oleh rakyat tempatan dengan penuh bangga. Negara Jepun tidak bergantung pada buruh asing untuk menjana ekonomi negara mereka. Semua sektor kerja kolar putih dan kolar biru diisi oleh warga tempatan sesuai dengan kelayakan dan usia.

Ini lah sebab mengapa apabila perberhentian kerja berlaku, bekas pekerja akan menganggur kerana sukar untuk mendapat jawatan yang sesuai ditambah dengan persaingan tenaga kerja muda lepasan kolej dan universiti. Ada yang megambil peluang untuk cuba berniaga, ada yang pulang kekampung halaman dan tidak kurang yang memilih untuk memandu teksi, lori  dan sebagainya.

Rezeki ada dimana mana, bumi Allah ini luas asalkan kita berusaha dan tidak memilih sangat apa saja pekerjaan yang sesuai. Itulah hakikatnya dan realiti sebenar. Tetapi bagi mereka yang mengalami sendiri kehilangan pekerjaan, akan ada satu perasaan kecewa, sedih malahan tertekan dengan apa yanga terjadi.Akan mengalami situasi buntu tambahan dengan tekanan hidup masakini.

Disaat begini, sokongan ahli keluarga amat diperlukan. Menyokong apa jua dan tidak memberi tekanan akan mengurangkan beban yang ditanggung. Penulis pernah mengalami saat ini sewaktu kegawatan ekonomi 97. Mujur Arwah Baba dan Mak banyak membantu. Malahan waktu itu, Mak penulis berkata, biar lah dia rehat, dah lama dia kerja.... Waktu ini  kita akan kenal kawan dan sahabat sejati kita yang sanggup membantu. Masa itu akan tiba bagi setiap orang, mungkin tidak kehilangan kerja, tetapi faedah persaraan dan tabungan tidak mencukupi untuk menampung hidup selepas bersara.



2 comments: